Sabtu lepas...23/6/07 aku ikut tunang aku balik kg dia kt rembau...ada kenduri arwah atok dia yg meninggal 13/6/07 lepas...4 hari lepas aku bertunang.ada gak la sedara mara tunang aku yg lain balik kg gak...erm, nervous gak nak jumpa sedara mara tunang aku ni...tambah2...diorang ni bukan calang2 org...hehe.ada sorang tu...kawan profesor2 aku ni masa diorang sama2 study kat UM...so far, semua ok la...aku boleh la join dgn diorang. balik kg pun...bawak buku...tunang aku temankan aku study...balik dari kg...my buchukkk demam...sian nyer dia...masa ni la dia perlukan aku sentiasa di sisinya...hehe. i love u so much....muah!








Saling memberi kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu

Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan…

Saling memahami

Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia. Saling mengalah Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling memberi kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.






aku dah bertunang dgn my buchukkk on 9/6/07 baru2 ni...huh, seronoknya dah bergelar tunang org ni. agak2...dlm 8 bln kot nk ikat...alhamdulillah...majlis berjalan lancar. majlis aku ni sekali dgn kawin along (menyambut menantu). my buchukkk pn dtg gak...hehe. tapi sedih gak la...sorang pun kawan2 aku tak der...baik yg dekat or jauh. tapi x kisah la...aku pun...bertunang jer, bukan kawin lg...on that day gak...on my buchukkk on the way ke rumah aku...tak pasal2 kena saman speeding...huhu. cian buchukkk. ni gara2 dah lambat la tu...hik..hik...excited sgt nk b'tunang kot...so...insyaAllah bln 2/08 aku kawin yer


Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kamu menyintai seseorang
Meski kamu tahu ia tak sendiri lagi
dan...
Meski kamu tahu
Cintamu mungkin tak terbalas
tapi...
Kamu tetap menyintainya.....

Pernahkah kamu merasakan
Bahawa kau sanggup melakukan apa sahaja
Demi seseorang yang kamu cintai
Meski kamu tahu ia takkan pernah peduli
ataupun...
Ia peduli dan mengerti
tapi...
Ia tetap pergi.....

Pernahkah kamu merasakan
Hebatnya cinta
Tersenyum kala terluka
Menangis kala bahagia
Bersedih kala bersama
Tertawa kala berpisah.....

Aku pernah...
Aku pernah tersenyum meski ku terluka
kerana...
Ku yakin Tuhan tak menjadikannya untukku.....

Aku pernah menangis kala bahagia
kerana...
Ku takut kebahagiaan cinta ini kan sirna begitu sahaja.....

Aku pernah bersedih kala bersamanya
kerana...
Ku takut kan kehilangannya satu saat nanti.....

Dan...
Aku juga pernah tertawa
Saat berpisah dengannya
kerana...
Sekali lagi cinta tak harus memiliki
dan...
Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain
Untukku.....

Aku tetap bisa mencintainya
Meski ia tidak dapat ku rengkuh dalam pelukanku
kerana...
Memang ada cinta dalam jiwa bukan dalam raga.....

Semua orang pasti pernah merasakn cinta
Orang tua...
Sahabat...
Kekasih...
Dan akhirnya pasangan hidup.....

Buat temanku yang sedang jatuh cinta
Ku ucapkan selamat
Kerana cinta itu sangat indah
Semoga kalian selalu bahagia.....

Buat temanku yang sedang terluka kerana cinta
Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar
Satu saat akan berada di bawah
Dan hidup terasa begitu sulit.....

Tetapi...
Keadaan itu tidak untuk selamanya
Bersabarlah dan berdoalah
Kerana cinta yang lain
Akan datang dan menghampirimu.....

Buat temanku yang tidak percaya akan cinta
Buka hatimu
Jangan menutup mata akan keindahan dunia
Maka cinta akan membuat hidupmu
Menjadi bahagia.....

Buat temanku yang mendambakan cinta
Bersabarlah
Kerana cinta yang indah
Tak terjadi dalam sekejap
Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik
Bagimu.....

Buat temanku yang mempermainkan cinta
Sesuatu yang begitu murni dan tulus
Bukanlah untuk dipermainkan
Cinta bukan suatu kehampaan
Semoga kalian berhenti mempermainkan cinta
Dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya.....