puas gak la aku cari gambar aku dgn ko yattt...ni jer la yg ada.haha...gambar di zaman kegemilangan muda2 dulu...huhu.gemilang ker???ahaksss...actually, just nak wish happy birthday to you yg ke-27...semoga panjang umur & murah rezeki (nak naik pangkat ni...huhu) & semoga cepat2 la kwn aku sorg ni bertemu dgn jodohnya. ada masa lagi 3 tahun ni...ishhh, kenapa 3 tahun ek???hehe...nway, thanks to be my best frenzzz (kenal masa 1st day interview kat UM ni...haha.masa tu poyo jer sebab tak kenal saper2...sorang2 lak tu...so, berkenal-kenalan la kan...ahaksss.tak sangka lak sama2 dapat keje kat UM ni & seriusly tak sangka rapat sampai ke ari ni...TQ Allah for give us friendship)


1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
baru sorang..girl

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
ermmm..lambat lagi kot sebab nak habiskan study dulu.huhu..

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Nur Alya Hazirah
Nur : cahaya
Alya : ketinggian
Hazirah : pilihan yang terbaik

3. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
aku ler...cari dalam internet...asben kata..ok jek

4. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?
konon2 nak amik pangkal nama tu A & H sebab A for aida & H for hisham...ahaksss

5. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Kalo Girl.... lebey kurang nama alya la..Kalo Boy....mesti nama tu amik pangkal A & H gak.hehe...

6. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
hmmm..bape eh..kalau dapat sepasang pun dah ok...or 2 pasang ker
7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
anak baru sorang jek
8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
InsyaAllah kalo ada rezki nk boy pulak..sbb 1st dh girl

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
hmm..mata kot

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.
kat atas tu dah upload.tu jer la d latest picture yg ada...huhu

11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni:
saper2 jer la...




ala...poyo jer la gambar2 aku ni...gmbr aku lama2...masa muda2 & bujang dulu...hehe.
11/05/2009 3:18pm

KUALA LUMPUR 11 Mei — Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.
Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

“Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, yang menjadikan Malaysia tarikan kepada pelajar antarabangsa. - Bernama
Universiti mana yg perlu aku banggakan ni? UM...tempat keje aku....USM...tempat study aku...

nak gak update gambar alya tgh tido ni...eii, geram nyer tgk dia ni. ni gmbr alya tgh tdo dlm kete papa dia on d way blk muadzam 1 mei baru2 ni...penat sgt la tu...long journey la katakan...huhu.skrg ni dah masuk 5 bln ni, asyik nak meniarap jer. tgh tido pun nak meniarap...aduhhh, tak terkawal dibuatnya. ada sekali tu, tidokan dia atas katil, sedar2, kaki alya dah terjuntai...huhu, nasib baik tak jatuh katil. semalam balik keje, amik alya kat umah pengasuh dia, pengasuh dia letak dia dalam walker...alalala, comelnyer ank mama dok dlm walker. pengasuh dia kata, kena tambat alya ni...letak dalam walker jer...laju jer dia berjalan ke sana sni...amboi2, anak mama ni...aktif yek !